Comot-Comot Sekalian :P

Monday, February 3, 2014

Bercuti di Langkawi :) (Part 1)

Assalamualaikum :)) 
Haa entry sebelum ni Eha ade bagitahu yang Eha sedang bercuti sem kan?
Hihi memang berjalannnnnnn je la kejenye.. 
Yang seronoknya, semua perbelanjaan di tanggung oleh Abah dan Umi. HAHA

Okay entry kali ni tentang percutian kami ke Pulau Langkawi.
siapa kami? haa Abah, Umi, Abang, Kakak, Adik n Eha.
Lepas abes je final paper 16hb jan, 
trus abah datang ambil dan bertolak ke Merbok, Kedah.
Keesokkan harinya, bermula la perjalanan ke Jeti Kuala kedah ..
Kami tiba di jeti jam 11 pagi. Tapi yang stressnya, tiket feri jam 12.45pm.
pehhh lebamm nak menunggu -.-" 

walaupun dah banyak kali ke Pulau Langkawi, 
tapi tak sama ngan percutian kali ini sebab biasanya kalau ke Langkawi, 
mesti tak dapat pegi jalan2 dan abah sibuk dengan meeting dan kerja. 
Kali ni, abah ketepikan kerja dan 24 jam bersama kami yay ! :p
Abah ikut je kemana kami nak pergi. Hihi seronokkkkk. Thanks abah :D

* wajah wajah sabar tunggu feri berjam haha. *
* adik lelaki sorang -.-" baru je naik feri, dah terlentok kat bahu haha *

Hari pertama 17hb jan, sampai je kat Langkawi, 
trus amik kereta untuk disewa.
haa kat sini eha nak cadangkan kepada sesiapa yang nak datang ke langkawi,
eloklah korang sewa kereta kat sini dari naik teksi
kerana memudahkan anda untuk bergerak ke sana ke sini. 
kami menyewa kereta Avanza , harga RM180 per day. 

then da settle semua, abah ajak makan cendol dan laksa di Pantai Marina. 
Pada pandangan peribadi Eha, makanan kat situ sangatlah TAK sedap -.-
agak kecewa jugak lah. :(

* makan cendol , ayaq nyior, laksa dan rojak di Pantai Rhu *

kemudian, kami ke Pantai Cenang.
Best jugak la Eha shopping baju kat situ.  Haha. Murah beb. 
Next, belah malam pulak, kami ke Langkasuka Mall.
Saja je la jalan2 nak tengok apa yang ada. 
Then, bila dah penat, kami pun balik ke tempat penginapan dan tidurrr. Hihi
So, berakhirlah hari pertama. 
nak tau kami kemana untuk hari kedua? 
haaa tggu next entry part 2 :)
byeeee sayoonaraaa.. 


Thanks Budak Comot. Komen la sikit :P

No comments: