Comot-Comot Sekalian :P

Tuesday, February 4, 2014

Bercuti di Langkawi :) (Part 2)

Assalamualaikum :))
sepertimana yang Eha dah kongsikan di Bercuti di Langkawi (Part 1)
kali ni Eha nak kongsikan untuk hari kedua pulak :) 

okayy.. oleh kerana banyak tempat yang kami nak pergi untuk hari kedua ni,
jadi awal2 pagi dah bangun and siap2. 
memang la agak penat dan mengantuk..
tapi sebab dah excited, haa trus segar je mata.
kami breakfast di Kompleks HiG. 
kalau siapa2 nak tahu Kompleks HiG ni apa, 
ianya milik Haji Ismail Group. pehh da ade mall sendiri tau.
 hebat2 *tepuk tangan*
so untuk para ibu yang nak shopping pinggan mangkuk atau coklat tu, 
tak payah dah nk bersesak di Pekan Kuah.
kat Komples HiG ni lapang dan luas. tak pening kepala nak berebut2. 

* haa besar gila kan? *

kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Galeria Perdana milik YB Tun Dr Mahathir.
kalau korang nak tahu, Eha memang sangat suka ke tempat bersejarah seperti Muzium. 
so Galeria Perdana ni sama jugak macam muzium. 
GP ni menempatkan hadiah cenderahati dari seluruh negara kepada Tun M dan Isteri. 
tak rugi pun masuk ke Galeria Perdana ni. 
harga RM 5.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak2. 
tapi Eha dapat RM 3.00 je sebab student :) hihi




next, kami ke Pantai Tanjung Rhu untuk ke Kilim Geopark.
haaa ni pengalaman pertama Eha sebenarnya. 
sangat lah excited nak naik bot. hihi
kat sini, kami Eagle Feeding, Gua Buaya, Bat Cave, Fish Farm 
dan jalan2 kat tengah laut. 
pehhh seronokkk gilaaaaaaaa. haha. 
pembawa bot tu pulak sporting habes :) 
aktiviti ni mengambil masa 2 jam, dan berharga RM180 untuk satu bot.
Jom tengok gambar :D


* Eagle Feeding *


* Gua Kelawar *

 * Fish Farm *

* Masuk dalam gua buaya *

haaa actually banyak lagi gambar tapi dah tak larat nak upload. haha
kalau korang ke Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk ke Kilim Geopark ni.
bestttt sangat ! :)
fefeling angin tiup muka sambil tengok pulau2 kecil sekitar langkawi, 
tengok pokok paya bakau, monyet2 dan banyak lagi. 

lepas je balik dari Kilim Geopark ni, 
kami sempat singgah di Galeri Padi..
kat sini ade menunjukkan cara penanaman padi di Langkawi ni. 

* nampak macam petani moden tak? haha *

kemudian, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk bershopping :)
waktu malam, ade macam uptown tau kat Pekan Kuah ni,
harga pun berpatutan.
then selesai shopping, kami ke Pekan Rabu untuk makan malam tepi pantai. 
makanan yang agak sedap, 
dan berbaloi baloi sampai dah tak larat nk bawak perut kenyang. haha.
bila dah kenyang, penat then balik ke tempat penginapan dan tidur :)

so, itulah aktiviti kami untuk hari kedua. 
haa nanti entry Part 3 , 
Eha akan kongsi kan aktivit kami untuk hari terakhir di Langkawi. 
sayooonaraaaaa ^.^


Thanks Budak Comot. Komen la sikit :P

No comments: