Comot-Comot Sekalian :P

Sunday, June 21, 2015

Kerana aku juga manusia

Salam Ramadhan buat semua reader2 sekalian..
Camne dah 4 ramadhan ni? okay tak? hihi
Hope semuanya Alhamdullilah sihat kan.. 

Okaylah.. entry kali ni aku nak coret2 soal jodoh..
mungkin faktor usia semakin meningkat,
entry pun kena lah makin matang kan. :P

pernah terdetik di hati aku..
kenapa aku jumpa dia? kenapa Allah takdirkan aku dipertemukan dengan dia?
siapa dia? kenapa dia? dan kenapa waktu sekarang? kenapa bukan dulu? adakah dia jodohku? adakah dia bakal imamku? kenapa keadaan skrg bukan mudah untuk lalui?
banyaknya KENAPA ada dalam fikiran ni..

aku lupa.. 
setiap pertemuan, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita,
Allah dah tetapkan takdir kita..
Allah da aturkan perjalanan kita..
siapa kita untuk persoalkan semuanya? 
siapa kita untuk menafikannya?

dengan siapa pun kita jumpa, 
dengan siapa pun kita bercinta,
pasti ada hikmahNya, pasti ada kebaikannya..
yang penting, kita kena tetapkan dalam hati untuk tidak berputus asa..
walau apa pun dugaan atau rintangan yang ada, lalui dengan tenang..
sabar, percaya dan usaha. 
itu kunci kebahagiaan utama. 

aku akui, pada mulanya agak sukar untuk aku terima,
namun Alhamdullilah diberi kekuatan untuk terus bertahan..
tak perlulah aku ceritakan detail nya, 
kerana setiap satu nya, pasti ada rahsia. 
 
lama aku fikirkan soal hati ni, 
adakah aku mampu rentasinya? 
satu yang aku pegang, Allah Maha Mengetahui. 
Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya kan? 
sekarang ni, aku tekad. 
aku nak katakan yang aku bersedia hadapinya dengan izin Allah. 

aku bukanlah impikan harta setinggi gunung,
aku bukanlah dambakan kemewahan seluas lautan,
aku tidak inginkan putera raja setampan wajah, 
kerana aku juga tidak sempurna.
 
yang aku mahu hanyalah kebahagiaan dalam sebuah perhubungan yang halal. 
 aku inginkan keluarga yang bahagia,
hati yang tenang dengan orang tersayang..
restu keluarga, penerimaan orang sekeliling, sokongan semua pihak. 
in Sha Allah kalau ini yang terbaik, 
doakan aku dan dia. 

p/s : siapa dia?
insan yang bertahta dihati ni,
yang berjaya membuka hati aku kembali setelah lamanya aku kunci. 
M.E.O



Thanks Budak Comot. Komen la sikit :P