Comot-Comot Sekalian :P

Saturday, May 23, 2015

Aku diduga

Salam semua :)
 
macam biasa lah, jom tiup habuk kat blog ni.
my last update 12 march. and now dah 23 may. haha
2 bulan weh tak sentuh blog..
 
sebenarnya aku diam bukan sebab aku saja saja..
aku diduga dengan pelbagai dugaan dan ujian..
tapi sebagai manusia, aku kena lah hadapi dengan sabar kan? :)
 
okay aku nak kongsi mengenai kisah kesihatan aku yang semakin merosot.
aku mula sakit pada 14 April 2015..
masa tu aku start demam, badan gigil2, sendi semua sakit, pitam, muntah2, muntah darah, n cirit birit..
aku ingatkan hanya lah demam biasa..
 
disebabkan aku ni wartawan, jadi masa aku memang terhad untuk rehat..
aku push diri untuk pergi kerja, tapi tup tup hampir pitam kat opis...
start dari haritu lah aku ulang alik ke beberapa Hospital dan Klinik..
then badan mula naik bintik2 merah2.
doctor suspect aku denggi..
tapi resultnya negative..
 
sampai satu tahap, aku terpaksa di tahan di wad PPUM..
8 hari jugak lah aku terlantar kat wad tu..
pheww Allah je tau perasaan setiap hari kena amik darah, cucuk sana sini,
tak bermaya, takde selera sampai berat turun.
then disebabkan masuk drip water tu lama sangat,
tangan aku belah kiri bengkak n bernanah..
jangkitan kuman dalam darah.. dugaan lagi..
oleh kerana denggi negative, doc suspect aku malaria, kencing tikus n mcm2 lagi..
namun hingga ikini masih belum ada jawapan..
aku panggil, penyakit misteri. hihi
 
disebabkan dugaan tersebut, aku MC sebulan dari kerja aku..
dan aku pun skrg tengah internship..
sedih sangat sebab doc tak bagi aku terdedah dengan cahaya matahari,
tak boleh penat dan sentiasa tak sihat...
 
pernah aku berjumpa doctor perubatan alternative,
kena mandi ais lah, minum air kelapa 3 biji, perubatan islam katanya..
namun masih sama keadaan aku..
 
ramai yang tak faham keadaan aku dan menyifatkan aku ni mengada3,
sikit2 sakit, sikit2 penat..
tapi Allah je tau camne kuatnya aku lawan sakit ni..
Allah je tau betapa penatnya aku..
kadanng2 sampai aku fikir nak mati je sebab tak tahan nak tanggung semua ni..
tapi nauzubillah aku lupa iman masih didada..
 
sampai pernah aku rasa nak je jerit
"DIAM! KORANG TAKKAN PERNAH FAHAM!"
bila hampir semua orang cakap 'lawan la eha, jangan lemah sgt, cuba ceria sikit'
kelakar kan bila orang senang2 boleh cakap camtu tapi tak rasa apa yang aku rasa..
mungkin niat mereka untuk kembalikan semangat aku tapi
sebab mereka lupa, kadang2 ada caranya nak nasihat orang dengan penuh hormat..
aku juga ada perasaan.. hati aku sedih sebab aku dah cuba lawan..
 
takpelah..
Allah bagi ujian untuk bagi hambaNya kuat..
biar lah orang sekeliling tak faham,
tapi Allah sentiasa ada dengan kita.. kan..
 
disebabkan keadaan ini jugak doc nasihatkan aku
untuk tidak lagi berkecimpung dalam dunia kewartawanan yang sentiasa sibuk
dan terdedah dengan persekitaran yang macam2...
sedih dan kecewa dengan diri sendiri
bila dengar mcm tu sebab dari kecil cita2 aku nak jadi wartawan..
sedih tengok kawan2 keluar buat liputan dan aku terpaksa habiskan masa di office..
 
sekarang ni, aku hanya perlu berfikiran positif,
kuat dan tabah melawan segala rasa sakit ni..
walaupun badan lemah, mental kena kuat..
lagi sebulan je lagi aku nak habiskan internship ni..
then aku boleh berehat sepenuhnya..
perasaan bersalah setiap kali datang kerja tapi tak mampu nak laksanakan tugas dengan baik,
kadang2 terpaksa balik umah awal sebab tak larat..
 
maafkan saya keluarga, producer, kawan2..
sebab susahkan kalian semua..
hanya satu, semoga Allah balas jasa kalian...
 
p/s : 2hb jun ni amik darah lagi.. then 10hb ni appointment doc..semoga semuanya baik. amin



Thanks Budak Comot. Komen la sikit :P