Comot-Comot Sekalian :P
Friday, May 12, 2023
Opinion on El Nino
On 12th May 2023,
the writer went to Kuala Lumpur to interview Dr Farihah.
She is an expert in weather forecast.
During the interview, the writer found that in Malaysia, there ada 60% of states having hot temperature.
jok[kpkhphjp
to get more explanation, you can listen to this audio player / you can watch the video.

Thanks Budak Comot. Komen la sikit :P
Friday, March 31, 2023
Myself
hello my name is Eha ...
Wednesday, March 29, 2023
Quotes for Today
Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every day is going to be a good day, that's just the way it is!
by Dita Von Teese
Saturday, December 31, 2016
Tahun baru, hidup baru?
Assalamualaikum..
Eh dah 31 dec 2016 dah?
Ya Allah cepatnyaa masa berlalu.
Eha pun tak sempat nak update blog ni.
Alhamdullilah Allah bagi tanggungjawab besar
dalam pekerjaan dan kehidupan.
Korang semua camne?
Tercapai tak azam tahun 2016? Haha
Eha macam biasa laa. Nak kurus tapi tak jugak kurus.
Eh lupa nak cite.
Kalau dulu eha kendalikan segmen Manis Manis Pagi kan.
Sekarang ni tak lagi.
Dah berubah kepada Manis X'pres AHa.
Petang pulak dah 3pm-7pm.
Alhamdullilah seronok sebab boleh bangun lambat haha.
Penerimaan pendengar pun alhamdullilah positive.
Eha nak post gambar on air tapi line slow pulak.
Next post eha upload gambar banyak2.
Btw doakan tahun 2017 ni akan membawa banyak kebaikan bersamaz
Semoga kita terus mengecapi kejayaan.
Semoga terus istiqamah dalam berazam.
Semoga terus bahagia bersama jalan hidup yang dipilih.
Selamat tahun baru !
Assalamualaikum Jodoh. 😘

Thanks Budak Comot. Komen la sikit :P
Eh dah 31 dec 2016 dah?
Ya Allah cepatnyaa masa berlalu.
Eha pun tak sempat nak update blog ni.
Alhamdullilah Allah bagi tanggungjawab besar
dalam pekerjaan dan kehidupan.
Korang semua camne?
Tercapai tak azam tahun 2016? Haha
Eha macam biasa laa. Nak kurus tapi tak jugak kurus.
Eh lupa nak cite.
Kalau dulu eha kendalikan segmen Manis Manis Pagi kan.
Sekarang ni tak lagi.
Dah berubah kepada Manis X'pres AHa.
Petang pulak dah 3pm-7pm.
Alhamdullilah seronok sebab boleh bangun lambat haha.
Penerimaan pendengar pun alhamdullilah positive.
Eha nak post gambar on air tapi line slow pulak.
Next post eha upload gambar banyak2.
Btw doakan tahun 2017 ni akan membawa banyak kebaikan bersamaz
Semoga kita terus mengecapi kejayaan.
Semoga terus istiqamah dalam berazam.
Semoga terus bahagia bersama jalan hidup yang dipilih.
Selamat tahun baru !
Assalamualaikum Jodoh. 😘
Tuesday, April 19, 2016
Officially Penyampai Radio
Assalamualaikum :)
Holla people..
Sebelum ni Eha ada update yang Eha kerja sebagai penyampai radio di Radio SPRM kan?
haaaaaaaaaaaaa 4 bulan je Eha kat sana..
sebab kat sana bukan kerja tetap Eha.
Alhamdullilah Eha sekarang dah officially bekerja
sebagai Penyampai Radio dan Pembaca Berita
di radio Manisfm (Gaya Pantai Timur).
Sejujurnya Eha sebelum ni tak pernah langsung dengar tentang radio ni haha
ye la sebab eha stay kt Putrajaya.
tapi bila tanya kat orang2 di Pantai Timur, rupanya radio ni sangat lah femes disini..
Eha baru saja 3 minggu bekerja disini..
so far semuanya Alhamdullilah
tapi penat tu tayah cakap lah..
aku on air segmen Manis Manis Pagi start 6am-10am...
tapi 5am dah kena punch in..
so dari rumah aku gerak jam 4.30 pagi..
bayangkan pukul berapa aku bangun? -.-"
tapi takpe lah...
dah tanggungjawab kita kena kerja, kerja lah kan?
so ini lah partner on air aku..
bukan boyfriend yeee hihi..
dia ni boleh tahan gak gila nya..
tapi selalu bagi nasihat kat aku..
abang2 sangat kau R haha
ramai kawan kawan tanya kenapa aku terima offer untuk kerja di Terengganu?
jawapan aku satu je, sebab nak dekat dengan Umi Abah..
walaupun jiwa memberontak sebab takde shopping mall,
takde shoplet brand aku suka,
takde tempat makan fav aku masa di perantauan tu. haha
tapi sini ada Pantai :)
waktu weekend pulak, Jumaat Sabtu..
ni pun satu hal aku masih tak dapat biasakan diri..
selalunya cuti Sabtu Ahad kan?
haaa nasib kau la eha... pandai2 lah belajar.
walaupun setakat 3 minggu kerja ni, aku masih belum dapat cuti..
ni gambar photoshoot bersama dj2 manisfm dan make up artist.
terus lain muka aku.. hahaha
so okay lahh.. malas nak type panjang2..
korang dengar lah eha on air eh?
boleh dengar online
di www.manis.fm
atau download aplikasi Manisfm di Playstore...
Wednesday, March 2, 2016
Alhamdullilah, selesai
Salam semua :)
Masih ingat Eha? hihi
Da berkurun rasanya tak update blog ni..
Aper cer agaknya ye kawan2 blogger ku?
okay lah..
meh aku cite sikit apa dah berlaku dalam hidup aku sepanjang tak update ni..
first of all, aku da berjaya habiskan Degree aku yay !
alhamdullilah 1st class degree,
Bachelor in Mass Communcation (hons) Journalism, UiTM Shah Alam ..
second thing is, sekarang ni aku da berkhidmat dan bekerja sebagai penyampai radio
dan penyampai berita Macc.fm, radio SPRM selama 3 bulan dah..
so far, alhamdullilah aku pun makin matang ahahaha
soal cinta??
haaa ni la masalahnya..
aku pun tak tahu nak cakap cmne..
mungkin bahagia aku, jodoh aku belum tiba..
sabar lah kan?
in sha Allah da sampai masanya, ade la nnt hihi..
okay lah..
nanti aku update lagi..
banyak yg nak dikongsikan..
jaga diri, jaga hati.
assalamualaikum
Sunday, June 21, 2015
Kerana aku juga manusia
Salam Ramadhan buat semua reader2 sekalian..
Camne dah 4 ramadhan ni? okay tak? hihi
Hope semuanya Alhamdullilah sihat kan..
Okaylah.. entry kali ni aku nak coret2 soal jodoh..
mungkin faktor usia semakin meningkat,
entry pun kena lah makin matang kan. :P
entry pun kena lah makin matang kan. :P
pernah terdetik di hati aku..
kenapa aku jumpa dia? kenapa Allah takdirkan aku dipertemukan dengan dia?
siapa dia? kenapa dia? dan kenapa waktu sekarang? kenapa bukan dulu? adakah dia jodohku? adakah dia bakal imamku? kenapa keadaan skrg bukan mudah untuk lalui?
banyaknya KENAPA ada dalam fikiran ni..
aku lupa..
setiap pertemuan, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita,
Allah dah tetapkan takdir kita..
Allah da aturkan perjalanan kita..
siapa kita untuk persoalkan semuanya?
siapa kita untuk menafikannya?
dengan siapa pun kita jumpa,
dengan siapa pun kita bercinta,
pasti ada hikmahNya, pasti ada kebaikannya..
yang penting, kita kena tetapkan dalam hati untuk tidak berputus asa..
walau apa pun dugaan atau rintangan yang ada, lalui dengan tenang..
sabar, percaya dan usaha.
itu kunci kebahagiaan utama.
aku akui, pada mulanya agak sukar untuk aku terima,
namun Alhamdullilah diberi kekuatan untuk terus bertahan..
tak perlulah aku ceritakan detail nya,
kerana setiap satu nya, pasti ada rahsia.
lama aku fikirkan soal hati ni,
adakah aku mampu rentasinya?
satu yang aku pegang, Allah Maha Mengetahui.
Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya kan?
sekarang ni, aku tekad.
aku nak katakan yang aku bersedia hadapinya dengan izin Allah.
aku bukanlah impikan harta setinggi gunung,
aku bukanlah dambakan kemewahan seluas lautan,
aku tidak inginkan putera raja setampan wajah,
kerana aku juga tidak sempurna.
yang aku mahu hanyalah kebahagiaan dalam sebuah perhubungan yang halal.
aku inginkan keluarga yang bahagia,
hati yang tenang dengan orang tersayang..
restu keluarga, penerimaan orang sekeliling, sokongan semua pihak.
in Sha Allah kalau ini yang terbaik,
doakan aku dan dia.
p/s : siapa dia?
insan yang bertahta dihati ni,
yang berjaya membuka hati aku kembali setelah lamanya aku kunci.
M.E.O
Saturday, May 23, 2015
Aku diduga
Salam semua :)
macam biasa lah, jom tiup habuk kat blog ni.
my last update 12 march. and now dah 23 may. haha
2 bulan weh tak sentuh blog..
sebenarnya aku diam bukan sebab aku saja saja..
aku diduga dengan pelbagai dugaan dan ujian..
tapi sebagai manusia, aku kena lah hadapi dengan sabar kan? :)
okay aku nak kongsi mengenai kisah kesihatan aku yang semakin merosot.
aku mula sakit pada 14 April 2015..
masa tu aku start demam, badan gigil2, sendi semua sakit, pitam, muntah2, muntah darah, n cirit birit..
aku ingatkan hanya lah demam biasa..
disebabkan aku ni wartawan, jadi masa aku memang terhad untuk rehat..
aku push diri untuk pergi kerja, tapi tup tup hampir pitam kat opis...
start dari haritu lah aku ulang alik ke beberapa Hospital dan Klinik..
then badan mula naik bintik2 merah2.
doctor suspect aku denggi..
tapi resultnya negative..
sampai satu tahap, aku terpaksa di tahan di wad PPUM..
8 hari jugak lah aku terlantar kat wad tu..
pheww Allah je tau perasaan setiap hari kena amik darah, cucuk sana sini,
tak bermaya, takde selera sampai berat turun.
then disebabkan masuk drip water tu lama sangat,
tangan aku belah kiri bengkak n bernanah..
jangkitan kuman dalam darah.. dugaan lagi..
then disebabkan masuk drip water tu lama sangat,
tangan aku belah kiri bengkak n bernanah..
jangkitan kuman dalam darah.. dugaan lagi..
oleh kerana denggi negative, doc suspect aku malaria, kencing tikus n mcm2 lagi..
namun hingga ikini masih belum ada jawapan..
aku panggil, penyakit misteri. hihi
disebabkan dugaan tersebut, aku MC sebulan dari kerja aku..
dan aku pun skrg tengah internship..
sedih sangat sebab doc tak bagi aku terdedah dengan cahaya matahari,
tak boleh penat dan sentiasa tak sihat...
pernah aku berjumpa doctor perubatan alternative,
kena mandi ais lah, minum air kelapa 3 biji, perubatan islam katanya..
kena mandi ais lah, minum air kelapa 3 biji, perubatan islam katanya..
namun masih sama keadaan aku..
ramai yang tak faham keadaan aku dan menyifatkan aku ni mengada3,
sikit2 sakit, sikit2 penat..
tapi Allah je tau camne kuatnya aku lawan sakit ni..
Allah je tau betapa penatnya aku..
kadanng2 sampai aku fikir nak mati je sebab tak tahan nak tanggung semua ni..
tapi nauzubillah aku lupa iman masih didada..
sampai pernah aku rasa nak je jerit
"DIAM! KORANG TAKKAN PERNAH FAHAM!"
bila hampir semua orang cakap 'lawan la eha, jangan lemah sgt, cuba ceria sikit'
kelakar kan bila orang senang2 boleh cakap camtu tapi tak rasa apa yang aku rasa..
mungkin niat mereka untuk kembalikan semangat aku tapi
sebab mereka lupa, kadang2 ada caranya nak nasihat orang dengan penuh hormat..
aku juga ada perasaan.. hati aku sedih sebab aku dah cuba lawan..
takpelah..
Allah bagi ujian untuk bagi hambaNya kuat..
biar lah orang sekeliling tak faham,
tapi Allah sentiasa ada dengan kita.. kan..
disebabkan keadaan ini jugak doc nasihatkan aku
untuk tidak lagi berkecimpung dalam dunia kewartawanan yang sentiasa sibuk
dan terdedah dengan persekitaran yang macam2...
sedih dan kecewa dengan diri sendiri
bila dengar mcm tu sebab dari kecil cita2 aku nak jadi wartawan..
sedih tengok kawan2 keluar buat liputan dan aku terpaksa habiskan masa di office..
sekarang ni, aku hanya perlu berfikiran positif,
kuat dan tabah melawan segala rasa sakit ni..
walaupun badan lemah, mental kena kuat..
lagi sebulan je lagi aku nak habiskan internship ni..
then aku boleh berehat sepenuhnya..
perasaan bersalah setiap kali datang kerja tapi tak mampu nak laksanakan tugas dengan baik,
kadang2 terpaksa balik umah awal sebab tak larat..
maafkan saya keluarga, producer, kawan2..
sebab susahkan kalian semua..
hanya satu, semoga Allah balas jasa kalian...
p/s : 2hb jun ni amik darah lagi.. then 10hb ni appointment doc..semoga semuanya baik. amin
Thursday, March 12, 2015
Masa depan
Salam semua :))
harini dah seminggu lebih eha intern kat TV9 ni..
alhamdullilah getting better...
alhamdullilah getting better...
eha dah boleh adapt dengan tempat kat sini..
kalau hari2 pertama dlu rasa nak nges
sebab tak biasa dnegan keadaan kat sini dan kerja kat sini,
sekarang ni aku rasa tak sabar nak g keje.. haha
pelik tapi tu la hakikatnya..
kerja akan jadi seronok bila kita ada kerja nak buat..
dan sekarang ni aku bosan sebab takde keje nak buat..
okay..
tentang masa depan aku..
adakah aku akan teruskn dengan cita2 aku jadi wartawan penyiaran??
aku pun tak tahu..
kadang2 aku rasa aku minat sangat tapi
pada suatu ketika aku rasa aku tak bole kalau hari2 aku balik lambat camni,..
waktu bujang boleh la kuar keje 8 pg, balik 10 mlm..
nanti kalau da ade tanggungjawab?
susah jugak kan..
so apa aku akan buat untuk masa depan aku?
haha tah la.. kadang2 rasa nak sambung master then jadi lecturer..
nak bagi ilmu dan nak mengajar..
tapi aku takley tipu diri aku yang aku minat kerjaya wartawan ni..
tah la aku hanya bole doa yang terbaik untuk hidup aku..
btw tadi aku terserempak dengan Akim Ahmad.
muahahaha rasa nak pengsan.
walaupun keje kat media prima ni hari hari jumpa artis,
tapi aku buat buat poyo je la ahahaha.
bila ngan akim, haa aku x ley duk diam. haha
nak aku belanja satu gambar..
Thursday, March 5, 2015
my Internship
salam semua :)
pehh dah lama aku tak update blog kan?
fuhh fuh tiup habuk sikit. muehehe
last update 3 july 2014.
hampir setengah tahun jugak la.
tahniah eha haha.
bukan sebab takde idea nak update tapi sebab terlalu busy dngan kehidupan seharian.
so now aku dah berada dalam sem 6.
final sem. sekejap je masa berlalu kan??
alhamdullilah impian untuk masuk Media Prima tercapai jua..
sekarang aku internship kat TV9, bahagian new and current affairs.
walaupun pada awalnya rasa awkward, tak seronok dan bosan,
tapi alhamdullilah sekaarang aku da dapat adapt dengan keadaan disini.
terlalu banyak benda yang harus dipelajari..
apa yang belajar di kelas sangat lah berbeza dnegan apa yang aku lalui disini.
kalau dulu aku belajar menulis news uuntuk newspaper,
tapi kat TV9 ni, aku kena belajar dari A sampai Z.
Aku kena belajar editting, publish video, production, prompter and banyak lagi.
aku akui memang bukan mudah sebab aku tak biasa buat semua ni..
tapi in sha Allah aku akan cuba belajar dengan cepat..
be strong Eha :)
kat sini ramai journalis, editor, cameraman dan producer yang bantu..
hihi.. just kena biasakan diri untuk balik jam 9 mlm. haha
anyway, thanks TV9 sebab accept aku :)
semoga aku terus kuat hadapi apa yang aku tempuhi sekarang.
AMIN.
\Thursday, July 3, 2014
Bye Bye Sem 4 :)
Assalamualaikum semua :D
Camne berpuasa ? dah masuk ramadhan ke 5 kan. Alhamdullilah.
sekarang ni Eha happy sgt sebab Eha da abes final exam yyayyyyyyyyy !
haha tapi jangan seronok sangat. baru sem 4 -.-"
sem 5 bakal menanti huaaaaa :(
lambatnya nak habeskan degree ni.
sabar sabar sabar.
tapi apa2 pon, bersyukur sangat sebab dah berakhir sem ni.
sem 4 ni adalah sem yang amat mencabar bagi eha.
memang sangat sangat penat.
dan arini jugak baru abes recording raya untuk UFM Radio. yay !
im freeeeeeeeeeeeeeeeeee for 2 months :D
harap sangat result sem ni akan berjaya dengan cemerlang. Amin.
haa sebenarnya sedih jugak
sebab tahun ni tak balik berpuasa ngan umi abah kat Taiping :(
Eha kena jadi baby sitter, jaga anak buah kat Terengganu sampai raya.
takpe lah kan? lakukan sedikit pengorbanan untuk family. Hihi.
alrite setakat ni je Eha mampu tulis.
sebab esok nak melalui perjalanan yang lama.
Shah Alam - Terengganu. 8 jam jugak la kan.
berbuka puasa pon dalam bas je la nampak nya :(
doakan eha selamat sampai okay?
byebye semua. muah
Monday, February 17, 2014
Alhamdulilah :)
Assalamualaikum :)
kabare? waras? haa klu waras, alhamdullilah hihi
14 feb 2014, result semester 3 UiTM dah pon dikeluarkan.
alhamdullilah bersyukur sangat2 dengan rezeki yang Allah limpahkan.
setelah eha lalui macam2 untuk semester 3, diuji mental fizikal,
ikatan persahabatan, soal hati, kesihatan dan mcam2 lagi la..
Allah hadiahkn nikmat tu balik kat eha. :)
terima kasih ya Allah.
terima kasih umi abah dan keluarga.
terima kasih yang tersayang.
terima kasih teman2.
3 Mac 2014 nanti,
bermula lah semester 4 dan byebye cuti.
haaa eha sebenarnya sangat la cuak, berdebar dan takot
untuk hadapi semester baru ni.
sememangnya pelajaran makin susah, kehidupan berubah,
tugasan kelas, tugasan luar, exam, pergaulan, persahabatan,
dan banyak sangat bende yang ade dlm fikiran eha ni.
eha harap sangat dapat lalui semester baru
dengan baik dan Allah kuatkn hati eha untuk tempuh dugaan mendatang.
kita hanya merancang, Allah yang tentukan :)
In Sha Allah eha akan cuba ubah dan tampal balik apa2 yang tertinggal
dan perbaiki apa yang kurang.
Doakan eha kuat dan berjaya okay?
sayoonaraaaa ...
Wednesday, February 5, 2014
Bercuti di Langkawi :) (Part 3)
Assalamualaikum :)
Bercuti di Langkawi (Part 1) Eha da kongsikan tentang hari pertama di Langkawi
dan Bercuti di Langkawi (Part 2) Eha pon da kongsikan untuk hari kedua...
haa sekarang ni tiba lah hari terakhir iaitu hari ketiga.
kami pergi bercuti di Langkawi ni hanya untuk 3 hari sahaja :(
untuk hari ketiga ni,
mula mula ingatkan tak sempat nak pergi melawat tempat2 popular di Langkawi
sebab kami ambil tiket pulang ke jeti kuala kedah jam 2 petang..
tapi, Alhamdullilah sempat jugak pergi ke Makam Mahsuri
lepas Umi abes shopping kat Idaman suri. hihi.
kat Idaman Suri je dah berjam. -.-
kalau dulu masa Eha kecik2 datang ke Makam Mahsuri ni
tak ada benda menarik sangat dan nampak kosong je..
tapiii sekarang ni dah ada Muzium kecil, replika rumah kedah,
ade tayangan video tentang kisah hidup Mahsuri,
dan kawasan Makam Mahsuri pon dah cantik :)
harga tiket, warganegara dewasa, RM7 dan kanak2 RM3.50
bagi pelancong, dewasa RM15 dan kanak2 RM7
harga tiket, warganegara dewasa, RM7 dan kanak2 RM3.50
bagi pelancong, dewasa RM15 dan kanak2 RM7
* main entrance Makam Mahsuri *
* Telaga Mahsuri *
menurut description kat telaga ni,
katanya air telaga Mahsuri ini tak pernah kering
dan sesiapa yang membasuh muka dengan air dari telaga ini akan dapat jadi awet muda.
kononnya Mahsuri mandi menggunakan air telaga ni dan sebab tu Mahsuri cantik :)
* Rumah Mahsuri, Makam Mahsuri *
kami ke Makam Mahsuri ni kejap je sebab nak kejar waktu feri.
untuk kemudahan korang yang nak ke Langkawi,
Eha sarankan beli tiket pergi dan balik sekaligus
sebab senang takyah nak beratur panjang bila nak balik nanti :)
haaa ambik tuu.. 3 troli Umi shopping. haha
kami la yang berat bahu nak menggangkutnya.
tapi takpe asalkan Umi bahagia kan :)
kami pulang ke Jeti Kuala Kedah jam 2ptg.
so ini sahaja entry tentang percutian kami ke Langkawi ..
kepada korang yang tak pernah ke Langkawi,
jom laa apa tunggu lagi. hihi
byebye ! thanks for reading.
sayoonaraaaaa ^.^
Tuesday, February 4, 2014
Bercuti di Langkawi :) (Part 2)
Assalamualaikum :))
sepertimana yang Eha dah kongsikan di Bercuti di Langkawi (Part 1),
kali ni Eha nak kongsikan untuk hari kedua pulak :)
okayy.. oleh kerana banyak tempat yang kami nak pergi untuk hari kedua ni,
jadi awal2 pagi dah bangun and siap2.
memang la agak penat dan mengantuk..
tapi sebab dah excited, haa trus segar je mata.
kami breakfast di Kompleks HiG.
kalau siapa2 nak tahu Kompleks HiG ni apa,
ianya milik Haji Ismail Group. pehh da ade mall sendiri tau.
hebat2 *tepuk tangan*
so untuk para ibu yang nak shopping pinggan mangkuk atau coklat tu,
tak payah dah nk bersesak di Pekan Kuah.
kat Komples HiG ni lapang dan luas. tak pening kepala nak berebut2.
* haa besar gila kan? *
kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Galeria Perdana milik YB Tun Dr Mahathir.
kalau korang nak tahu, Eha memang sangat suka ke tempat bersejarah seperti Muzium.
so Galeria Perdana ni sama jugak macam muzium.
GP ni menempatkan hadiah cenderahati dari seluruh negara kepada Tun M dan Isteri.
tak rugi pun masuk ke Galeria Perdana ni.
harga RM 5.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak2.
tapi Eha dapat RM 3.00 je sebab student :) hihi
next, kami ke Pantai Tanjung Rhu untuk ke Kilim Geopark.
haaa ni pengalaman pertama Eha sebenarnya.
sangat lah excited nak naik bot. hihi
kat sini, kami Eagle Feeding, Gua Buaya, Bat Cave, Fish Farm
dan jalan2 kat tengah laut.
pehhh seronokkk gilaaaaaaaa. haha.
pembawa bot tu pulak sporting habes :)
aktiviti ni mengambil masa 2 jam, dan berharga RM180 untuk satu bot.
Jom tengok gambar :D
* Eagle Feeding *
* Gua Kelawar *
* Fish Farm *
* Masuk dalam gua buaya *
haaa actually banyak lagi gambar tapi dah tak larat nak upload. haha
kalau korang ke Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk ke Kilim Geopark ni.
bestttt sangat ! :)
fefeling angin tiup muka sambil tengok pulau2 kecil sekitar langkawi,
tengok pokok paya bakau, monyet2 dan banyak lagi.
lepas je balik dari Kilim Geopark ni,
kami sempat singgah di Galeri Padi..
kat sini ade menunjukkan cara penanaman padi di Langkawi ni.
* nampak macam petani moden tak? haha *
kemudian, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk bershopping :)
waktu malam, ade macam uptown tau kat Pekan Kuah ni,
harga pun berpatutan.
then selesai shopping, kami ke Pekan Rabu untuk makan malam tepi pantai.
makanan yang agak sedap,
dan berbaloi baloi sampai dah tak larat nk bawak perut kenyang. haha.
bila dah kenyang, penat then balik ke tempat penginapan dan tidur :)
so, itulah aktiviti kami untuk hari kedua.
haa nanti entry Part 3 ,
Eha akan kongsi kan aktivit kami untuk hari terakhir di Langkawi.
sayooonaraaaaa ^.^
Monday, February 3, 2014
Bercuti di Langkawi :) (Part 1)
Assalamualaikum :))
Haa entry sebelum ni Eha ade bagitahu yang Eha sedang bercuti sem kan?
Hihi memang berjalannnnnnn je la kejenye..
Yang seronoknya, semua perbelanjaan di tanggung oleh Abah dan Umi. HAHA
Okay entry kali ni tentang percutian kami ke Pulau Langkawi.
siapa kami? haa Abah, Umi, Abang, Kakak, Adik n Eha.
Lepas abes je final paper 16hb jan,
trus abah datang ambil dan bertolak ke Merbok, Kedah.
Keesokkan harinya, bermula la perjalanan ke Jeti Kuala kedah ..
Kami tiba di jeti jam 11 pagi. Tapi yang stressnya, tiket feri jam 12.45pm.
pehhh lebamm nak menunggu -.-"
walaupun dah banyak kali ke Pulau Langkawi,
tapi tak sama ngan percutian kali ini sebab biasanya kalau ke Langkawi,
mesti tak dapat pegi jalan2 dan abah sibuk dengan meeting dan kerja.
Kali ni, abah ketepikan kerja dan 24 jam bersama kami yay ! :p
Abah ikut je kemana kami nak pergi. Hihi seronokkkkk. Thanks abah :D
* wajah wajah sabar tunggu feri berjam haha. *
* adik lelaki sorang -.-" baru je naik feri, dah terlentok kat bahu haha *
Hari pertama 17hb jan, sampai je kat Langkawi,
trus amik kereta untuk disewa.
haa kat sini eha nak cadangkan kepada sesiapa yang nak datang ke langkawi,
eloklah korang sewa kereta kat sini dari naik teksi
kerana memudahkan anda untuk bergerak ke sana ke sini.
kami menyewa kereta Avanza , harga RM180 per day.
then da settle semua, abah ajak makan cendol dan laksa di Pantai Marina.
Pada pandangan peribadi Eha, makanan kat situ sangatlah TAK sedap -.-
agak kecewa jugak lah. :(
* makan cendol , ayaq nyior, laksa dan rojak di Pantai Rhu *
kemudian, kami ke Pantai Cenang.
Best jugak la Eha shopping baju kat situ. Haha. Murah beb.
Next, belah malam pulak, kami ke Langkasuka Mall.
Saja je la jalan2 nak tengok apa yang ada.
Then, bila dah penat, kami pun balik ke tempat penginapan dan tidurrr. Hihi
So, berakhirlah hari pertama.
nak tau kami kemana untuk hari kedua?
haaa tggu next entry part 2 :)
byeeee sayoonaraaa..
Sunday, February 2, 2014
Selamat Kembali Bersua :)
Assalamualaikum semua blogger2 tersayang ..
Selamat bertemu kembali setelah 10 bulan Eha tak update blog ni..
Pehhh lama tu. Hampir setahun jugak la. Haha
Last update July 2013.. ni dah masuk Feb 2014 pon..
fuhh fuhh * tiup tiup habuk kat blog *
Last update July 2013.. ni dah masuk Feb 2014 pon..
fuhh fuhh * tiup tiup habuk kat blog *
Sebenarnya Semester 3, Degree in Journalism ni sangat lah mencuri masa Eha. :(
Assignment, Test, Quiz, Part time Dj kat UFM lagii.. haaa.. what a busy life.
Okayy sekarang ni Eha sedang bercuti sem :)
So ade la masa untuk coret coret kat sini..
In Sha Allah lepas ni Eha akan update perkembangan terkini Eha.
Haha poyo gila.
* Cehh bajet artis pulak. HAHA *
Saayooonaraaaaaa ^.^
Subscribe to:
Posts (Atom)
























