salam :))
huitttt da lama tak update bloig ni.
serius mood tade. dah asyik saket je.
klu tak gastrik, haa mesti migraine.
ehh wait. what? MIGRAINE? apeee tuuu?
kenapa saya buat entry nie coz sy rasa ni penting .
tuk diri saya, dan jugak kawan2.
saya memang seorang pesakit migraine yang tegar yer. haha
sampai ambulans datang amek kat hostel -.-"
kne inject morphine dua kali. haaa teruk2 :(
alrite.
berdasarkan kajian saya,
eceehh hahah tade maknenyer saya nak buat kajian.
mengikut apa yang saya dapat dari en.Google tercinta,
MIGRAINE merupakan satu penyakit yang berkaitan dengan bahagian kepala manusia.
migraine menyebabkan kepala berdenyut2, sakit, dan berlangsung di antara 4-72 jam.
wow lama kan? haaa.
kebiasaannyer, migraine ini kerap terjadi lebih kepada wanita
berdanding dengan kaum lelaki. :')
migraine bole berlaku disebabkan beberapa faktor.
antaranya, keturunan.
haa bagi ibu2 yang mengandung dan mengalami migraine,
kandungannya mungkin akan terkena migraine. woppss !
Pada asasnya,
apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup
menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.
oke apakah tanda2 seseorang itu menghidap migraine?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
apa punca2 migraine?
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah.
Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.
2) Hormone
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.
3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.
oke kawan2 terdekat saya,
bole nampak tak kenapa saya selalu cakap, saya tak bole makan coklat? :')
skang da tau kan ape itu migraine n punca2?
so jum kenali bagaimana tuk atasi masalah migraine ini :)
Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam,
amalkan cara hidup teratur,
berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala),
dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine.
Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah,
pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.
haaa oke smpai cni je entry saya pada hari ini.
soo hope korang2 dpt tau sedikit info tentang penyakit ini .. :)
bye bye :D
8 comments:
thanks alot sbb tanda2 tu semua sy alami ....n dah tau sb sy migrainn n kerap pening kepala..xoxo
heheehe welcome awak :) harap dpt bg maanfaat !
Migrne bole bwa maut ke?
Bole bwa maut tk?
gabok : rsenye tak kot. maaf sy tak passti.
Trmakseh,sy ingtkn sy skt kpala biasa sbb pnas,rupanya sy jg slah seorg drpd pngdap pnykt mgrain.,huhu,slalu dgr kwn sbut,n bsik dlm hati,,"apela dowg ni,skit2 mgrain"
Pdhal yg ak dok skt kpale tu rupanya mgrain la,,adoyai,,,,
Trmakseh,sy ingtkn sy skt kpala biasa sbb pnas,rupanya sy jg slah seorg drpd pngdap pnykt mgrain.,huhu,slalu dgr kwn sbut,n bsik dlm hati,,"apela dowg ni,skit2 mgrain"
Pdhal yg ak dok skt kpale tu rupanya mgrain la,,adoyai,,,,
saya pon seorang ahli kelab migraine yg tegar.. puih! sakit woh! saya nak share info dimana , MIGRAIN TIDAK BOLE MEMBAWA MAUT DAN TIDAK AKAN MEMBERI KESAN JANGKA PANJANG KEPADA PESAKITNYA . maknenye , kalau migraine kesayangan saya ni datang melawat saya , saya akan merasa 'keseronokkannya' sekitar 4-72jam sahaja . selepas tu , saya akan sihat seperti sedia kala . tapi kalau esoknya dia datang lagi , saya akan menderita kembali dan jika dia da hilang , saya akan sihat seperti biasa . SHARING IS CARING :)
Post a Comment